Welcome To My Blog Sarawak, Shiro will bring you to fast forward a new issue

Welcome To My Blog Sarawak, Shiro will bring you to fast forward a new issue

Thursday, 19 May 2011

Tengkorak Mona Lisa ditemui di biara

TENGKORAK wanita yang dipercayai Mona Lisa ditemui di kubur bawah tanah di biara St. Ursula, Florence baru-baru ini



FLORENCE, Itali - Para arkeologi menemui satu tengkorak wanita yang dipercayai menjadi model untuk pelukis terkenal, Leonardo da Vinci melukis potret Mona Lisa, lapor sebuah akhbar semalam.
Tengkorak dan tulang wanita itu ditemui semasa mereka menggali kubur bawah tanah di biara St. Ursula, Florence yang dipercayai milik seorang wanita yang menjadi model pelukis tersebut melukis potret Mona Lisa.
Pasukan penggalian mendedahkan pada minggu lalu bahawa mereka menemui bilik kawasan rahsia selepas dua minggu melakukan kerja-kerja mencari di biara St. Ursula yang telah tidak digunakan lagi.
Kubur itu dipercayai milik Lisa Gherardini Del Giocondo.
Wanita itu yang merupakan isteri seorang saudagar sutera yang kaya mati pada 1542.
Di Itali, Mona Lisa dikenali sebagai La Gioconda.
Beberapa pegawai berkata, tengkorak itu ditemui 1.52 meter di bawah lantai sebuah biara bersama tulang rusuk dan tulang belakang selepas kerja-kerja menggali dilakukan.
KUMPULAN wartawan dibawa melawat ke kawasan penggalian kubur seorang wanita 
dipercayai Mona Lisa di biara St. Ursula, Florence, Itali kelmarin.



Kini para saintis akan menguji asid deosirikbonukleik (DNA) tulang itu dengan tulang dua kanak-kanak yang ditanam dekat kubur tersebut.
Jika saintis dapat mengesahkan tengkorak itu milik model tersebut, artis forensik akan cuba membina semula muka wanita berkenaan untuk dibandingkan dengan lukisan berusia 500 tahun yang dilukis oleh da Vinci.
Penemuan itu diharap dapat menyelesaikan misteri identiti wanita yang menjadi model untuk da Vinci melukis potret Mona Lisa. 

Bentuk tapak kaki gergasi di sawah padi

PENDUDUK di Sleman digemparkan dengan kemunculan satu bentuk kaki manusia gergasi di Minomartani, Ngaglik, Sleman pada Ahad lalu.

SLEMAN, Indonesia - Satu bentuk tapak kaki manusia gergasi ditemui di satu kawasan sawah padi di sini dengan ukuran seluas 3,000 meter persegi, lapor akhbar Tribunnews.com semalam.
Ia ditemui oleh pemilik sawah itu, Rebo Suwardi pada Ahad lalu pada pukul dua petang.
Menurutnya, bentuk itu disebabkan oleh angin dan sebahagian pokok padinya telah tumbang akibat ditiup angin kuat.
Dia berkata, selepas hujan turun dengan lebat, dia kembali melihat sawah tersebut dan mendapati terdapat bentuk seperti kaki manusia gergasi.
Bagaimanapun, polis di Sleman, Yogyakarta akan melakukan siasatan sama ada bentuk itu dibuat oleh manusia.
Seorang pegawai polis, Irwan Ramaini menyatakan pihaknya masih belum mengetahui siapa yang membuat bentuk tapak kaki manusia itu.
Sebelum ini, beberapa lingkaran misteri yang dikaitkan dengan objek terbang tidak dikenali (UFO) ditemui di kawasan sawah padi Pulau Jawa.
Bentuk lingkaran misteri yang dalam pelbagai bentuk itu pada kebiasaannya ditemui di kawasan tanaman gandum di negara-negara Barat. 




Wednesday, 18 May 2011

Tembikai meletup

BEIJING: Buah tembikai meletup - mungkin disebabkan peggunaan bahan kimia berlebihan oleh petani - sekali lagi mencetuskan kebimbangan mengenai tahap keselamatan sektor makanan di negara ini.
Media kerajaan berkata, hampir 120 ekar hasil tembikai di bandar Danyang musnah akibat kejadian itu selepas petani menggunakan bahan kimia forchlorfenuron untuk mempercepat pertumbuhan tanaman itu.

“Pada 7 Mei lalu, saya menghitung terdapat 80 buah tembikai yang meletup tetapi tengah hari ini bilangannya meningkat kepada 100,” kata petani, Liu Mingsuo kepada Stesen Televisyen Kerajaan, Televisyen Pusat China (CCTV) dalam laporan yang disiarkan, semalam.
Menurutnya, dia menyembur tanaman itu dengan bahan kimia hanya sehari sebelum itu.

“Dua hari kemudian, saya tidak peduli lagi untuk menghitung,” tambah Liu yang mengaku menyembur forchlorfenuron di ladang tembikainya yang seluas tiga hektar - lebih daripada dua pertiga hasil tanamannya - musnah.

Bagaimanapun, laporan CCTV dan media lain turut memetik kenyataan pakar yang menyebut keadaan itu disebabkan oleh perubahan cuaca apabila hujan lebat turun secara tiba-tiba di kawasan berkenaan yang mengalami kemarau sebelum ini. 

Sakit jantung sudah wujud pada zaman firaun

GAMBAR yang disiarkan kelmarin menunjukkan salah satu mumia yang diimbas dengan menggunakan komputer di Muzium Kaherah Mesir pada 10 Mei lalu.





PARIS - Seorang puteri Mesir yang hidup di antara 1580 dan 1550 Sebelum Tahun Masihi merupakan manusia pertama dalam sejarah diketahui menghidap penyakit jantung koronari.
Penyakit itu dikesan menerusi imbasan komputer yang memberikan imej terperinci ke atas mumia Puteri Ahmose-Meryet-Amon yang meninggal dunia semasa berumur dalam lingkungan 40-an.
Menurut Persatuan Kardiologi Eropah, puteri itu didapati mempunyai aterosklerosis atau satu pengumpulan bahan lemak di dua dari tiga saluran koronari.
"Pada hari ini, dia mungkin memerlukan pembedahan pintasan jantung," kata ketua analisis mumia itu, Gregory Thomas yang juga Pengarah Pendidikan Nuklear Kardiologi di Universiti of California di Irvine, Amerika Syarikat menerusi telefon.
Menurutnya, dia berasa terkejut dengan jumlah pengumpulan lemak yang ditemui itu.
Separuh daripada mumia yang dikaji itu menunjukkan terdapat tanda-tanda pengapuran dalam saluran arteri yang menunjukkan tanda aterosklerosis.
Purata kematian mumia itu ialah kira-kira 45 tahun. 

Seratus UFO di Shinjuku China

KIRA-KIRA 100 objek terbang tidak dikenali (berwarna putih) berlegar-legar di ruang udara Shinjuku, Tokyo pada April lalu




TOKYO - Sekumpulan cahaya misteri yang dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar dengan laju di ruang angkasa Shinjuku, Tokyo, lapor laman Rocketnews24 semalam.
UfO itu muncul pada 8 April lalu pada pukul 4 petang dan klip video tersebut disiarkan di laman YouTube.
Menurut individu yang merakamkan klip itu, sejumlah orang turut melihat UFO itu di luar rumahnya.
Dia berkata, terdapat 100 UFO yang bergerak sebelum ia berkurangan sehingga menjadi 20 buah sahaja.
Terdapat dua buah pesawat terbang berdekatan UFO itu tetapi objek tersebut mungkin berada pada altitud yang lebih tinggi, katanya.   Kenapa UFO asyik muncul kat China ye...Kenapa tak muncul kat Malaysia, Mukah Sarawak kah..boleh lah interview alien itu...hehe

Wednesday, 11 May 2011

Petronas (Petroliam Nasional Berhad)



Petronas, ringkasan nama bagi Petroliam Nasional Berhad[1] adalah syarikat minyak dan gas Malaysia sepenuhnya telah ditubuhkan pada 17 Ogos 1974. Dimiliki oleh kerajaan Malaysia sepenuhnya, syarikat ini telah mendapat hak keseluruhan terhadap sumber-sumber minyak dan gas di Malaysia dan diamanahkan dengan tanggungjawab membangunkan dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut.Fortune Global 500 telah meletakkan Petronas sebagai sebuah syarikat ke-95 terbesar di dunia pada tahun 2008 dan ke-80 terbesar pada tahun 2009. Ia juga meletakkan Petronas sebagai syarikat perbadanan ke-13 paling banyak membuat keuntungan di dunia dan yang paling banyak keuntungan di Asia.[2][3][4]
Semenjak diperbadankan, Petronas sudah membesar menjadi syarikat minyak dan gas dengan kepentingan perniagaan di dalam 31 negara. Sehingga akhir bulan Mac 2005, Kumpullan Petronas mengandungi 103 milik sendiri subsidiari-subsidiari, 19 syarikat kelengkapan-kelengkapan milik sebahagiannya dan yang dipunyai separuhnya dan 57 syarikat bersekutu. Bersama-sama ini, membuatkan Kumpulan Petronas, yang terlibat di dalam pelbagai aktiviti-aktiviti berasaskan minyak dan gas. Majalah Financial Times telah mengenal pasti Petronas sebagai satu daripada " "seven sisters" yang baru":[5] syarikat minyak dan gas milik kerajaan yang paling berpengaruh di luar OECD.
Kumpulan ini tertumpu kepada satu spektrum aktiviti petroleum yang luas, termasuklah eksplorasi huluan dan penghasilan minyak dan gas kepada hiliran penapisan minyak; pemasaran dan pengagihan produk petroleum; perdagangan; pemprosesan gas dan pencecairan; operasi rangkaian penghantaran gas talian paip ; pemasaran gas cecair semulajadi; pengilangan dan pemasaran petrokimia; perkapalan;kejuruteraan automotif; dan pelaburan hartanah.
Menara Berkembar Petronas telah dibuka secara rasminya pada Hari Kemerdekaan Malaysia ke-42, Ogos 31, 1998 - dalam perayaan hari ulang tahun syarikat ke-24.

Sejarah

Pada 1 Oktober 1974, dengan termaktubnya Akta Kemajuan Petroleum, Petronas telah diberi hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan di dalam mengendali dan memajukan sumber petroleum di Malaysia. Individu yang bertanggungjawab mengasaskan Petronas ialah Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu terpengaruh dengan kejayaan syarikat minyak milik Indonesia iaitu Pertamina.[6]
Sebelum 1974, operasi petroleum di Malaysia dijalankan oleh syarikat minyak multinasional menerusi sistem konsesi untuk mencarigali petroleum di perairan Sarawak, Sabah dan Terengganu. Antara syarikat-syarikat carigali minyak yang memegang konsesi ialah Shell dan ExxonMobil. Kilang penapisan minyak Shell di Port Dickson dibuka pada tahun 1962. Ketika itu minyak dibeli dari luar negara.

Tengku Razaleigh Hamzah

Raja Mohar bin Raja Badiozaman
Penubuhan perbadanan minyak negara merupakan titik tolak kepada kawalan dan penglibatan negara yang lebih dalam industri petroleum. Antara pengerusi Petronas ialah Raja Mohar bin Raja Badiozaman.
Minyak mula dijumpai di Miri terutama oleh orang Melayu dan Iban di daerah Baram.

[sunting]Sejarah penemuan petroleum

Sejarah minyak di Malaysia bermula dalam abad ke-19. Rakyat Bumiputera di Sabah dan Sarawak telah menyedari wujudnya serapan minyak atau 'minyak tanah' seperti dikenali di setengah-setengah tempat terutamanya di sekitar kampung Miri.
  • Ogos 1910, Minyak dijumpai di Kampung Miri. Pada mulanya, sebanyak 8 tong minyak sehari telah dikeluarkan. Miri dapat dikatakan sebagai tapak bermulanya industri petroleum secara komersial di Malaysia.
  • 1929, pengeluaran 29000 tong sehari. Carigali minyak tertumpu di daratan bandar Miri sahaja.
  • Tahun 1941-1945, telaga minyak Miri rosak teruk. Pengeluaran gagal dijalankan dan terpaksa ditutup pada Oktober 1972 sehingga ke hari ini.
  • 1968, telaga minyak luar pantai yang pertama, West Lutong memulakan pengeluaran. 4000 tong minyak sehari dikeluarkan pada tahun 1968. 4 medan minyak telah diusahakan.

[sunting]Sejarah petroleum di Sabah

  • 1885, Data geologi tanah telah diambil dan menunjukkan adanya potensi petroleum di dasar lautan.
  • 1905, Syarikat Eksplorasi British Borneo diberi hak istimewa untuk mengeluarkan segala hasil bumi di Sabah. Walaupun ada penemuan kesan-kesan minyak, tidak ditemui takungan minyak yang boleh dikeluarkan secara besar-besaran.

Mata gerudi yang digunakan bagi melombong minyak.

[sunting]Sejarah petroleum di Semenanjung

Minyak turut digunakan untuk campuran membuat damar menampal sampan yang bocor Di Terengganu Penduduk kampung menggunakan 'minyak tanah' sebagai minyak panas terutama untuk mengurut bahagian luar yang sakit dan terseliuh. 'Semburan gas minyak' pernah dilaporkan di Bagan DatohPerak.
Sebelum 1950-an Jabatan Geologi tidak mendapati minyak terdapat di bahagian daratan Semenanjung Malaysia.

[sunting]Sebab penubuhan Petronas

  • 1973 ialah Tahun Larangan Eksport Minyak OPEC .Krisis minyak 1973 menyedarkan kerajaan betapa perlunya mengawal sebuah industri yang mempunyai kepentingan ekonomi.
  • 1973 Sejumlah 19 buah medan minyak ditemui di perairan Malaysia. 90,000 tong minyak sehari dikeluarkan.

[sunting]Peranan petroleum

  • Petroleum merupakan sumber tukaran wang asing kepada negara.
  • Petroleum merupakan daya penggerak kepada pembangunan negara
  • Minyak menjadi nadi kepada pembangunan kawasan setempat seperti di MiriSarawakKerteh di Terengganu dan Port Dickson diNegeri Sembilan.
  • Teknologi dan kepakaran berkaitan petroleum telah dapat dipindahkan ke Malaysia hasil kerjasama dengan syarikat multi nasional dari BelandaBritain dan Amerika.
  • Peluang pekerjaan yang membabitkan jutaan penduduk Malaysia telah dapat diwujudkan.

[sunting]Prestasi Petronas

Stesen minyak Petronas.
Petronas meraih keuntungan sebelum cukai RM76.3 bilion dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007, peningkatan kira-kira 10 peratus daripada RM69.4 bilion pada tahun kewangan sebelumnya. Keuntungan itu diraih daripada pendapatan berjumlah RM184.1 bilion, juga meningkat 10 peratus daripada RM167.4 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, dengan operasi antarabangsa, tidak termasuk pendapatan eksportnya, menyumbang RM67.6 bilion atau kira-kira 40 peratus.
Sumbangan operasi antarabangsa Petronas meningkat 19.4 peratus daripada RM56.6 bilion pada tahun kewangan sebelum ini, sekali gus menunjukkan kehadirannya yang lebih kukuh dalam industri minyak dan gas dunia. Selepas ditolak cukai dan kepentingan minoriti, keuntungan bersih syarikat minyak negara itu adalah RM46.4 bilion, peningkatan 7.7 peratus daripada RM43.1 bilion.Dengan pencapaian itu, jumlah pembayaran Petronas kepada kerajaan dalam tahun kewangan dikaji meningkat kepada RM48.3 bilion daripada RM41.7 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, mewakili 35.4 peratus daripada pendapatan keseluruhan Kerajaan Persekutuan.
Ia adalah dalam bentuk cukai (RM21.8 bilion), dividen (RM16 bilion), royalti (RM8.5 bilion) dan duti eksport (RM2 bilion). Ini menjadikan jumlah pembayarannya kepada kerajaan sejak penubuhannya 33 tahun lalu sebanyak RM336 bilion. Nilai aset Petronas juga terus mengukuh kepada RM294.6 bilion, sementara dana pemegang sahamnya berkembang kepada RM170.9 bilion.

[sunting]Syarikat ke-8 Teruntung Di Dunia

Menurut akhbar Malaysia, Berita Harian bertarikh 11 Julai 2008 yang memetik bahawa PETRONAS berada pada kedudukan kelapan syarikat paling untung di dunia tahun lalu dalam senarai Fortune Global 500 majalah perniagaan Fortune. Manakala di Asia pula, ia muncul syarikat paling untung, mengambil tempat pengeluar kereta terbesar dunia, Toyota Motor dari Jepun, yang mendahului senarai itu pada 2006.[7]

[sunting]Penajaan Petronas

Demi mengukuhkan namanya di persada antarabangsa, Petronas telah menaja pelbagai bidang. Di antaranya adalah di dalam bidang perlumbaan kereta di mana Petronas telah memberikan US$3 juta kepada pasukan Sauber yang diketuai oleh Peter Sauber.[8]

[sunting]Petronas Gas Sdn. Bhd.

Petronas Gas Bhd. (Petronas Gas) mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM345.464 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember 2007, meningkat dari RM333.814 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.
Petronas Gas dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, keuntungan sebelum cukai yang tinggi itu adalah hasil daripada kos yang rendah.[9]

[sunting]Garis Masa Perjalanan Sejarah Petronas

  • 1974 Akta Kemajuan Petroliam telah termaktub oleh Kerajaan MalaysiaPetronas ditubuhkan sebagai jentera bagi pihak kerajaan untuk melaksanakan kawalan di samping menyertai secara langsung dalam operasi petroleum dan lain-lain operasi berkaitan. Akta tersebut meletakkan hak kepada Petronas semua sumber-sumber petroleum dalam negara ini.
  • 1 September 1975 Petronas mula menghantar 358,000 barrel minyak mentah ke Jepun
  • 8 Disember 1976 Petronas bekerjasama dengan Exxon.
  • 6 Oktober 1981 Petronas memulakan operasi penjualan runcit GPC.
  • 3 Mac 1982 Penubuhan Petronas Penapisan Sdn Bhd sebuah anak syarikat milik penuh Petronas untuk mengendalikan operasi penapisan
  • 6 Jun 1982 Petronas Carigali menemui minyak yang pertama di Dulang Barat di luar pantai Terengganu . Anak syarikat Petronas ini ditubuhkan yang diberi nama Petronas Carigali. Syarikat ini bekerjasama baik dengan syarikat minyak multinasional bagi menjalan kegiatan eksplorasi.
  • 9 Julai 1982 Permulaan kerja bagi Projek baja Urea ASEAN (Malaysia) dengan penawaran kontrak untama untuk pembinaan loji tersebut.
  • 21 Oktober 1982 Alat kemudahan autogas Petronas yang pertama dipasang di stesen servis Taman Tun Dr Ismail
  • 11 November 1982 Petronas menandatangani Perjanjian perkongsian Pengeluaran Dengan Elf Aquitaine
  • 6 Januari 1983 Pelancaran Parameswara, pelantar penggerudi pertama milikan Petronas.
  • 29 Januari 1983 Angkutan pertama sebanyak 57,000 tan metrik GAC ke Jepun dari Loji LNG di Bintulu.
  • 29 Januari 1983 Petronas Marine Sdn Bhd ditubuhkan sebagai sebuah anak sayarikat milik penuh Petronas yang ditugas untuk mengedalikan pelantar penggerudi yang meningkat sendiri.
  • 1 Mac 1983 Projek Penggunaan Gas Semenajung mula dilaksanakan dengan penandatangani kontrak yang pertama.
  • 2 Mac 1984 Petronas menadatangani Perjanjian Perkhidmatan Perundingan bagi Peringkat II Projek Penggunaan Gas Semenanjung (PGU) yang melibatkan pemasangan saluran paip bagi penyaluran gas.