Welcome To My Blog Sarawak, Shiro will bring you to fast forward a new issue

Welcome To My Blog Sarawak, Shiro will bring you to fast forward a new issue

Wednesday, 11 May 2011

Perniagaan Tanaman Kelapa sawit

Perniagaan merupakan satu kaedah yg digunakan untuk mencari pendapatan selain bekerja..Apakah perniagaan yang sesuai untuk anda ?..Salah satu perniagaan yg hangat dimajukan adalah perniagaan pertanian. Perniagaan ini sesuai dilakukan di kwsn luar bandar bagi yang memiliki banyak tanah.. Pertanian terbahagi kepada pelbagai jenis tanaman yang boleh diusahakan. Salah satu ialah tanaman kelapa sawit. Terbukti sudah kejayaan perniagaan ini..

Tanaman kelapa sawit mempunyai potensi pengeluaran hasil yang boleh ditinjau dgn lebih teliti. Bagi kaedah mencuba tanaman boleh dilakukan di kebun bagi tanah yang terhad. Tanaman ini boleh dilakukan dgn menanam sebanyak 100 pohon kelapa sawit. Dimana tenaga kerja 2 org diperlukan sahaja. Melalui 100 pohon ini, kaedah kawalan baja dan serangga haruslah dikenalpasti. Dapatkan kaedah yang mudah dan cepat sebelum menanam 100 pohon lagi kelapa sawit. Selepas ianya berjaya, tahun berikutnya bolehlah menanam sehingga 1000 pohon kelapa sawit dimana keluasan tanah sebanyak 2 hektar.  1 hektar = 2 ekar.

Bagi kaedah penanaman kelapa sawit, jarak antara pohon tersebut amat penting bagi menjamin kelapa sawit yang sihat. Piawaian jarak tanaman kelapa sawit adalah 28 feet= 8.53 m.

Gred buah sawit yang dikeluarkan terdapat 3 gred yg ada. Harga jualannya juga berbeza bergantung kpd grednya.
Gred A=RM422 ( Satu Tan metrik= 1000 kg )
Gred B =RM385 (Satu Tan metrik= 1000 kg )
Gred C=RM323 (Satu Tan metrik= 1000 kg )

Harga yang melambung ini menyebabkan kelapa sawit mendapat ramai perhatian daripada org awam dan juga syarikat lain. Sebagai contoh syarikat Rimbunan Hijau Berhad. Syarikat ini dahulu kala yang sinonim yang kerja pembalakan, tetapi sekarang sudah membangunkan kelapa sawit untuk pasaran komersial. Seperti juga syarikat Samling Berhad, Shin Yang Berhad,dan lain2. Semua syarikat tersebut telah mengusahakan kelapa sawit. Bermakna industri kelapa sawit ini boleh menjamin keterusan syarikat itu, selain keuntungan yg besar dpt diperolehi.

Kajian juga sedang dijalankan oleh MPOB,dimana minyak kelapa sawit digunakan bagi menggantikan minyak petrol sebagai bahan bakar untuk enjin. Sekiranya kajian ini berjaya,,,, Dapat anda bayangkan harga jualan buah kelapa sawit pada masa akan dtg. Sebelum kajian harganya RM422. bagaimana selepas kajian dan minyak kelapa sawit sesuan dijadikan sbgai bhn bkar.. Boleh jadi harga RM1000 (Satu Tan metrik= 1000 kg ). Bayangkan keuntungan tersebut sekiranya anda dapat mencapai sebanyak 5 tan untuk 1000 pohon kelapa sawit. Saya sebagai seorang pelajar,tidak memandang bekerja selepas belajar merupakan cita-cita, tetapi melihat perniagaan industri kelapa sawit lebih menguntungkan berbanding bekerja dibawah kawalan org lain..
Anda tunggu apa lagi. mulakan impian anda hari ini.. Jgn menyesal kemudian hari kerana tidak ingin mengusahakan tanah yang ada utk tanaman kelapa sawit...

Sekian Terima Kasih...

No comments:

Post a Comment